Malaysia selaku pengerusi Asean telah menggembleng usaha untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau ini melalui kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN.
Berkenaan hubungan dua hala Malaysia – Indonesia, Beliau juga menegaskan bahawa Pada tahun 2024, Indonesia merupakan mitra dagang ASEAN ke-2 terbesar dan mitra dagang globalke-7 terbesar bagi Malaysia.
Jumlah perdagangan dua hala pada tahun 2024 bernilai USD25.50billion (RM116.29 bilion), peningkatan sebanyak 4.5% berbanding USD24.39 bilion (RM111.21bilion) yang dicatatkan pada tahun 2023. Pada tingkat Provinsi, nilai dagangan antara Malaysia dengan Sumatera Utara telah direkodkan melebihi USD1 billion pada tahun 2024 dan Malaysia merupakan pelabur ASEAN ke-dua terbesar di Sumatera Utara.
Dalam bidang pelancongan, Malaysia menerima ketibaan 38 juta pelancong asing yang mana 4,1 juta orang merupakan pelancong dari Indonesia iaitu hampir 20% peratus kenaikan dari pada tahun 2023. Sehingga Jun 2025, kedatangan pelancong dari Indonesia telah mencapai 2,197,288 orang. Ini meningkat 14,8 peratus dibanding tempoh yang sama pada 2024.
Indonesia adalah pasaran pelancongan kedua terbesar bagi Malaysia dan Malaysia merupakan pasaran pelancongan terbesar bagi Indonesia.




