Dalam ucapan balasnya, Bapak Drs. Basarin Yunus Tanjung, Asisten Pemerintahan dan Kesejahteraan Rakyat yang hadir mewakili Pemerintah Provinsi Sumatera Utara telah menegaskan bahawa. Kehadiran Konsul Jeneral berperanan sebagai jambatan persahabatan antara Malaysia dan Sumatera, dengan memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pendidikan, budaya, dan masyarakat.
Peranan ini bukan sahaja memastikan wujudnya persefahaman yang lebih mendalam antara kedua-dua pihak, tetapi juga membuka ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat bersama.
Konsulat Jeneral menjadi simbol komitmen Malaysia dalam membina hubungan yang erat, saling menghormati, dan berpanjangan dengan Sumatera.
Pada majlis tersebut, para tetamu telah dihidangkan dengan makanan tradisional Malaysia seperti sate, roti canai, nasi ayam hainan, nasi lemak, kuih-muih serta teh tarik. Para tetamu jemputan juga telah dihiburkan oleh persembahan kebudayaan khas tarian dan nyanyian lagu-lagu popular Malaysia.
Dari Aceh hadir Wali Nanggroe Tgk Malek Mahmud Al-Haythar dan Tarmizi Age (Almukarram) Ketua Influencer Aceh (BP) Mualem – Dek Fad. Wali Nanggroe menyampaikan beliau sangat dekat dengan Malaysia, sekalipun beliau lahir di Singapura. Begitu juga Aceh.




