MEDAN | MA — Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengadakan Majlis Makan Malam bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di JW Marriott Hotel Medan, pada 23 September 2025.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih 300 orang tetamu jemputan dari kalangan para pegawai pemerintah Provinsi Sumatera Utara, Provinsi Sumatera Selatan, Provinsi Sumatera Barat dan juga Provinsi Aceh, kor diplomatik serta tokoh-tokoh masyarakat Indonesia di Sumatera khususnya daripada sektor perniagaan, perbankan, kesihatan dan pelancongan.
En. Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jeneral Malaysia di Medan dalam ucapannya, telah berkongsi bahawa Malaysia kini sedang dalam landasan menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun selari dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani.
Ekonomi Malaysia berkembang dengan mapan sebanyak 5.1 peratus pada tahun 2024 dan dan 3.6 peratus pada tahun 2023.
Tahun 2024 juga menyaksikan Malaysia mencatatkan rekod tertinggi pelaburan dalam Sejarah Sebanyak RM378.5 Bilion dan menjana lebih 207,000 pekerjaan pada 2024. ‘World Competitiveness Ranking’ 2025, telah meletakkan Malaysia di tangga 23 iaitu naik 11 anak tangga dari tahun 2024.Belaiu juga menyatakan bahawa Malaysia berbangga menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dengan tema ‘Inklusiviti dan Kelestarian’.




